Image Banner

JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS & SEJARAH

Maahad Tahfiz Nur Hikmah kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang berdedikasi,kreatif dan mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan.

Jawatan Yang Ditawarkan:

Guru Bahasa Inggeris
Guru Sejarah

✨Kelebihan & Manfaat:

✅Gaji RM 2000 sebulan
✅Kenaikan gaji tahunan
✅Bonus Tahunan

🗣️Syarat kelayakan Ringkas:

✅Terbuka kepada lelaki & perempuan.
✅Mempunyai sijil ijazah & setaraf serta pengalaman mengajar.
✅Rajin, kreatif dan boleh berkerjasama dalam kumpulan.

Cara Memohon:

Bagi yang layak dan berminat,sila hantarkan resume Lengkap anda ke e-mail:
al_hikmahmanagement@yahoo.com.my

LAGI

KELAS TUISYEN FAST TRACK SPM KAMI

Bersama barisan pelajar FAST TRACK SPM ’26 yang terus melangkah dengan semangat dan tekad demi mencapai kejayaan.
Semoga setiap usaha dipermudahkan, setiap ilmu diberkati, dan setiap pengorbanan membuahkan kecemerlangan di dunia serta akhirat.
“Usaha, doa, tawakal — insya-Allah kejayaan menanti.” 📚✨
#FastTrackSPM26 #MaahadTahfizNurHikmah #SPM2026 #tahfizintegrasi

LAGI

UJIAN SARINGAN LISAN BM

Selamat maju jaya anak anak SPM kami. Berkomunikasi dengan yakin, berfikir dengan bijak.

#fasttrack #spm #batch07 #fyp

LAGI

IBADAH KURBAN 2026

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dihormati 🤲🏻

Pernah tak kita rasa rindu nak laksanakan ibadah korban… tetapi bila tiba waktunya, terasa berat dari segi kewangan?

Sebenarnya, rahsia untuk memudahkan ibadah ini adalah dengan merancang lebih awal.

Di MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH, kami menyediakan Skim Bayaran Ansuran (2x) bermula April hingga Mei 2026 bagi memudahkan Tuan/Puan menyertai ibadah korban.

Bayangkan, hanya sekitar RM350 sebulan (bahagian lembu), Tuan/Puan sudah mampu menunaikan satu ibadah besar demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini peluang kita untuk “mencetak” pahala, sambil membantu kelangsungan pendidikan anak-anak huffaz di sini.

Kenapa sertai korban bersama MATNUH?

✅ Mudah – Bayaran ansuran lebih ringan dan terancang
✅ Berkat – Agihan daging kepada komuniti setempat & pelajar tahfiz

Jom bersama kami dalam misi ini.

📌 Tempat terhad – jangan tunggu saat akhir!

#qurban #rayahaji #fyp #korbanlembu See less

LAGI

UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU DAN ENGLISH

Alhamdulillah telah selesai menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu & English untuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
Selamat Maju Jaya,
Panitia Bahasa Melayu & English.
#maahadtahfiznurhikmah #fyp #ujiandiagnostik #peperiksaan #fasttrack #tahfizgombak #bahasamelayu #english

LAGI

TAJAAN MAKANAN

Alhamdulillah untuk tajaan makanan harini, terima kasih juga ibu ibu kerinci sepakat bersama-sama masak untuk beri peluang anak-anak merasa air tangan ibu-ibu semua ❤️
Banyak pahala ibu-ibu yang menaja.

 

Moga Allah gantikan semula setiap sen dan tenaga ibu-ibu infaq dan semoga segala urusan dimudahkan dan disegerakan 🤲🏻

LAGI

PROGRAM HARI JAYA WARIS 2025

"Tautan Kasih, Kejayaan Diraih" merupakan tema yang diangkat bagi Program Hari Jaya Waris 2025.


Maahad Tahfiz Nur Hikmah dan Jabatan Akademik menzahirkan kebersamaan dengan pihak sekolah dalam mencari ruang penambahbaikan terutamanya terhadap prestasi Hafazan, Pencapaian Akademik dan Sahsiah diri murid. Diharapkan juga dengan berlangsungnya program ini, hubungan akrab antara seluruh warga Tahfiz dan ibu bapa menjadi lebih utuh. Harapan kami dan ibu bapa pastinya serupa iaitu memperkembang potensi diri murid kepada tahap maksimum. Cadangan, buah fikiran dan usaha sama dari pihak ibu bapa akan kami perhalusi dengan baik. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua.
Sekian, Wassalam. Barakallahuafikum, 
Jabatan Akademik, MTNH Nur Hikmah


#reportcards #fyp #exam #viral #maahadtahfiznurhikmah #tahfizgombak #tahfizintegrasi

LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan